Rabu, 02 Februari 2011

Cara menanam anggur

oleh: ElnaDaSKAXFriend     Pengarang : Elna Syamsudin
More About : cara menanam anggur
 
Cara membuat tapak :

1. Tanahnya sesuaikan bagi tanaman anggur.
2. Gemburkan tanah dan buat lubang sedalam 11/2 kaki, lebar 2 kaki . Masukkan tanah yang dicampurkan air dan sedikit pupuk kedalam lubang tapak.
3. Usahakan agar akar tidak terendam air.
4. Buat saluran air supaya tidak mengelinang disekitar pohon.
6. Jangan menanam ditanah yang mengandung garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
7. Sinar matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.

Pemangkasan

1. Permotongan hendaklah dibuat apabila pohon setinggi 5 kaki. Buang semua daun, ranting yang kurang sehat dan potong pucuknya.
2. Pastikan cabang merayap mengikuti arah yang dikehendaki .

Pemangkasan untuk Pembuahan

1. Tabur pupuk perangsang bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
2. Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
3. Potong semua ranting yang kurang sehat dan potong ranting yang sehat sebanyak 4 atau 5 buah tumbuh dari cabang.
4. Potong pucuk kira - kira 4 atau 5 kaki dari cabang.
5. Bersihkan dan buang daun-daun yang gugur disekitar pohon.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar